السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sihat ke semua pembaca blog kami?
okay, kiteorang nak intro laa sikit. Blog nie dimiliki oleh 4 orang ahli group
kami yang terdiri daripada cik-cik gadis BAKOM. Mesti tertanya-tanya kan apa
laa BAKOM tuu? Okay, here the explanation. Kami nie gadis-gadis dari Universiti
Sains Islam Malaysia (USIM) yang terletak di Nilai, Negeri Sembilan. Mesti
semua kenal kan kat mana NILAI? Yang banyak barang murah, karpet Baryali bagai
tuu. Hehe. Okay3, kami nie dari Fakulti Pengajian Bahasa Utama USIM, kos Bahasa
Arab Komunikasi. InsyaALLAH, semoga diberi kefahaman yang mendalam oleh ALLAH
dalam bidang ini. Dan Kami doakan agar pembaca blog kami ini pun akan diberikan
kefahaman yang sebenar-benarnya dalam bidang yang kalian pilih. Aminnnn. Harap
la sayang-sayang semua boleh ajak semua kawan korang untuk baca blog kami nie.
kami diberi task oleh madam kami untuk menulis beberapa entry untuk assignment
kami. Semoga sama-sama kita dapat memberi dan menerima manfaat dari penulisan
blog ini. InsyaALLAH. Dan semoga dengan penulisan ini dapat menjadi salah satu
medium kami menyampaikan dakwah kepada ummah. Jutaan terima kasih kami ucapkan
kepada Madam Sofia Hayati kerana sentiasa memberi tunjuk ajar kepada kami dalam
bidang ini.
Okay, dah banyak kami berceloteh. Sekarang
kami nak masuk isi untuk entry kami. Korang tahu tak dakwah tu apa? cer fikir
jap. Apa laa dakwah tu? banyak kita Nampak post pasal dakwah tak kira kat mana
pun, dalam media sosial ke kat sekolah ke malahan di banner-banner kat tepi
jalan pun ada perkataan dakwah. Sekarang kami nak terangkan serba sedikit
mengenai dakwah. Dakwah bererti mengajak kepada Islam. Bahasa Arab دعوة dakwah bermakna secara harfiah "menyeru" atau
"mengajak", dijadikan participle aktif suatu verb bermakna secara
pelbagai "memanggil, menjemput" (yang akar trikonsonantal adalah د ع و). Seorang umat Islam yang mengamalkan dakwah, sama ada seorang
pekerja agama atau dalam suatu usaha masyarakat sukarelawan, digelar suatu
da'i, jamak du'at. Seorang da'i menjemput orang untuk memahami Islam melalui
proses dialog, dan dapat dikategorikan dalam sesetengah kes sebagai persamaan
agama dengan suatu mubaligh. Dah faham apa maksud dakwah? Okay, sekarang kita
teruskan.
Firman Allah yang bermaksud: “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk”. (An Nahl 16: 125)
Allah Swt. memerintahkan kepada
Rasul-Nya Nabi Muhammad Saw. agar menyeru manusia untuk menyembah Allah dengan
cara yang bijaksana. Ibnu Jarir mengatakan bahawa yang diserukan kepada manusia
ialah wahyu yang diturunkan kepadanya berupa Al-Qur’an Sunnah, dan pelajaran
yang baik; yakni semua yang terkandung di dalamnya berupa larangan-larangan dan
kejadian-kejadian yang menimpa manusia (di masa lalu). Pelajaran yang baik itu
agar dijadikan peringatan buat mereka akan pembalasan Allah Swt. (terhadap
mereka yang derhaka).
Firman Allah Swt: “dan bantahlah mereka dengan cara yang baik” (An-Nahl: 125)
Yakni terhadap orang-orang yang dalam rangka menyeru mereka diperlukan perdebatan dan bantahan. Maka hendaklah hal ini dilakukan dengan cara yang baik, yaitu dengan lemah lembut, tutur kata yang baik, serta cara yang bijak. Ayat ini sama pengertiannya dengan ayat lain yang disebutkan oleh firman-Nya: “Dan janganlah kalian berdebat dengan ahli kitab, melainkan dengan cara yang paling baik, kecuali dengan orang-orang zalim di antara mereka…hingga akhir ayat.” (Al- ‘Ankabut: 46)
Allah Swt. memerintahkan Nabi
Muhmmad Saw. untuk bersikap lemah lembut, seperti halnya yang telah Dia
perintahkan kepada Musa Alaihissalam dan Harun Alaihissalam, ketika keduanya
diutus oleh Allah Swt. kepada Fir’aun, yang kisahnya disebutkan oleh Allah Swt.
melalui firman-Nya: “Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya (Firaun) dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan dia beringat atau takut” (Taha: 44)
Adapun firman Allah Swt.: Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang sesat dari jalan-Nya… hingga akhir ayat. (An-Nahl: 125)
Maksudnya, Allah telah mengetahui
siapa yang celaka dan siapa yang berbahagia di antara mereka, dan hal tersebut
telah dicatat di sisi-Nya serta telah dirampungkan kepastiannya. Maka serulah
mereka untuk menyembah Allah, dan janganlah kita merasa kecewa (bersedih hati)
terhadap orang yang sesat di antara mereka. Kerana sesungguhnya bukanlah tugas
kita memberi mereka petunjuk. Sesungguhnya tugas kita hanyalah menyampaikan,
dan Allah lah yang akan menghisab.
Dalam ayat yang lain disebutkan oleh
firman-Nya: Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang
yang kamu kasihi. (Al-Qasas: 56)
Bukanlah kewajipan kamu menjadikan
mereka mendapat petunjuk, tetapi Allah lah yang memberi petunjuk (memberi
taufik) siapa yang dikehendaki-Nya. (Al-Baqarah: 272)
Nabi Muhammad SAW yang diperintahkan untuk
mengikuti nabi Ibrahim as., kini diperintahkan lagi untuk mengajak siapa pun
agar mengikuti pula prinsip-prinsip ajaran Bapa para nabi dan pengumandang
Tauhid itu. Ayat ini menyatakan: “wahai Nabi Muhammad, serulah yakni lanjutkan
usahamu untuk menyeru semua yang engkau sanggup seru kepada jalan yang ditunjukkan
Tuhanmu yakni ajaran islam dengan hikmah dan pengajaran yang baik dan bantahlah
mereka yakni siapa pun yang menolak atau meragukan ajaran Islam dengan cara
yang terbaik.”
Ayat ini difahami oleh sementara
ulama sebagai menjelaskan tiga macam metode dakwah yang harus disesuaikan
dengan sasaran dakwah. Terhadap cendekiawan yang memiliki pengetahuan tinggi
diperintahkan menyampaikan dakwah dengan hikmah yakni berdialog dengan
kata-kata bijak sesuai dengan tingkat kepandaian mereka. Terhadap kaum awam,
diperintahkan untuk menerapkan mau’izhah yakni memberi nasihat dan perumpamaan
yang menyentuh jiwa sesuai dengan taraf pengetahuan mereka yang sederhana.
Sedang terhadap Ahl al-Kitab dan penganut agama-agama lain yang diperintahkan
adalah jidal/perdebatan dengan cara yang terbaik yaitu dengan logika dan
retorika yang halus, lepas dari kekerasan dan umpatan. Kata Hikmah antara lain
bererti yang paling utama dari segala sesuatu, baik pengetahuan maupun
perbuatan. Hikmah juga diertikan sebagai sesuatu yang bila
digunakan/diperhatikan akan mendatangkan kemaslahatan dan kemudahan yang besar
atau lebih besar, serta menghalangi terjadinya mudharat atau kesulitan yang
besar atau lebih besar. Makna ini ditarik dari kata hakamah yang berarti
kendali karena kendali menghalangi haiwan atau kenderaan mengarah kearah yang
dinginkan atau menjadi liar.
Sekarang sayang-sayang semua dah
faham kan apa maksud dakwah? Dari segi perbahasan ulama’, Al-Quran. Pernah tak
awak semua menghadapi situasi di mana kita rasa malas sangat nak berdakwah
dekat orang yang tak nak dengar kata. Mesti pernah kan? Okay, cer baca
elok-elok quote nie and hayati biar sampai ke dalam lubuk hati yang paling
dalam. Okay?
Perjalanan dakwah dan mujahadah tu
tak mudah. Kita nak ajak orang buat baik dan insyaAllah ke syurga sebenarnya
bukan jalan yang mudah. Kita bukan dihamparkan karpet merah dan akan dipuji
disanjung saat kita berdakwah. Tapi sebaliknya, kita akan dilontarkan hinaan
keji, sindiran diri berlagak alim, and sebagainya. Sampai kita rasa kita akan
give up. Kan? No dear!! Jangan give up!! Syurga sedang menunggu kita, takkan
nak masuk syurga sorang-sorang kot.
Tak best laa, nanti siapa nak teman kita
jalan-jalan kat syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai? Ujian dan
dugaan akan Allah turunkan kepada setiap hambaNya untuk melihat siapa yang
paling beriman dan beramal soleh. Allah tidak suka akan hambaNya yang mudah
berputus asa dalam melakukan sesuatu perkara. Allah tak tengok kita Berjaya
atau tidak, tapi Allah akan tengok usaha kita untuk mencapai sesuatu. Bila kita
rasa penat nak ajak orang buat baik saat semua kawan-kawan kita masih dihidangi
keseronokan dunia, letakkan tangan di dada dan detiklah “kerana syurga itu
bukan percuma, maka aku kena usaha dengan bersungguh-sungguh”
“dunia ini untuk berjuang dan untuk penat. Kita rehatlah bila mati nanti di SyurgaNya” Allahyarham Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam.
So, sekarang upkan level kita semua
untuk berdakwah okay? Jangan putus asa! Semoga kita mendapat keredhaan dan
kasih sayang ALLAH melalui jalan dakwah ini.Ingin kami kongsi satu kisah ini.
Mungkin ramai yang sudah membaca kisah ini, namun hati ini terpnggil untuk
berkongsi kembali cerpen ini di blog ini.
Semoga dapat menyentuh jiwa sahabat-sahabat dan diri kami sendiri.
CERPEN
Satu gambar terjatuh dari diari lama Sakinah.
Diari diletakkan dalam laci kembali. Gambar yang jatuh diambil. Sayu dipandang
gambar. Penuh kenangan. Sakit menahan rindu. Namun, ini jalan yang telah
dipilih. Tidak mungkin akan berpatah balik.
"Rindu dia?" tiba-tiba, Aliya,
rakan sebiliknya menegur.
Sakinah menoleh. Tunduk.Soalan Aliya
dibiar tanpa jawapan. Namun air mata deras mengalir. Terasa dirinya dipeluk
dari belakang. Dibiarkan. Dibisikkan kata-kata semangat di telinganya. Tapi,
biarlah air mata itu keluar. Biarlah. Asalkan rindu ini lega.
2 bulan yang lepas....
"Hai sayang.... Rindunya dekat
you..." Alif bersuara gedik. Sakinah di sebelah dipeluk selamba. Sakinah
membiarkan. Rambutnya yang panjang paras pinggang dibiar lepas. Tiada apa yang
menutupi. Baju dan seluar yang dipakai ketat. Rambutnya diusap-usap. Sakinah
hanya tersenyum manja saat dipeluk Alif.
"You rindu I tak?" tanya
Alif."Mestilah I rindu boyfriend I yang handsome ni..." Sakinah
bersuara manja. Alif tersenyum bangga.Begitulah rutin Sakinah dan Alif.
Berjalan-jalan pada waktu malam. Ke tempat-tempat tak berfaedah. Bahagia
dikecapi dalam berbuat maksiat. Namun, hakikatnya kemurkaan Allah menghampiri.
Selepas penat berjalan-jalan, Sakinah dihantar pulang ke rumah sewanya.Namun
suatu peristiwa mengubah segalanya. Alif dan Sakinah terlibat dalam kemalangan
yang sangat ngeri.
Kejadian berlaku akibat kecuaian
Alif ketika memandu kereta. Kemalangan yang hampir menyebabkan mereka
kehilangan nyawa. Tetapi, Allah itu Maha Pengasih. Walau hamba-Nya telah pun
banyak berbuat dosa, masih diberi peluang hidup.Sakinah koma sebulan. Alif
mengalami kecederaan parah. Namun, tidak terlalu kritikal. Sepanjang Sakinah
dalam keadaan koma, Alif selalu melawat.
Dalam masa yang sama, perlahan-lahan
Alif mulai berubah. Dia semakin belajar mendekati Allah. Esak tangisnya di
sepertiga malam tak pernah berhenti. Doanya semoga Sakinah juga mampu berhijrah
ke arah yang lebih baik saat sedar dari koma nanti.Tiga minggu selepas itu,
Alif dibenarkan keluar dari hospital.
Semenjak dari itu, dia tidak pernah
lagi datang melawat Sakinah. Tiada siapa yang mengetahui ke mana hilangnya
Alif. Hatta rakan baiknya sendiri tidak mengetahui apa-apa berita tentang Alif.
Puas dicari, tetap tidak berjumpa.Seminggu selepas kepergian Alif, Sakinah
sedar dari koma.
Sungguh, Allah itu benar-benar Maha
Berkuasa. Saat doktor-doktor mengatakan bahawa Sakinah sudah tiada peluang
untuk hidup, Allah menunjukkan kuasa-Nya. Para doktor yang memeriksa Sakinah
sangat takjub. Sedangkan, keadaan jantung Sakinah selama sebulan koma adalah
sangat-sangat lemah.
Aliya yang menjaga Sakinah selama
Sakinah di hospital terus melakukan sujud syukur. Alhamdulillah. Sahabatnya
sudah sedar. Sahabatnya sudah kembali. Ibu bapa Sakinah turut bersyukur saat
mendapat tahu perkembangan anak perempuan tunggal mereka. Majlis kesyukuran
dirancang untuk diadakan selepas Sakinah dibenarkan keluar dari hospital.
Paling terharu sekali adalah, saat
Sakinah sedar. Kalimah agung terus terpacul dari bibirnya. Hanya kalimah itu
diulang-ulang. Aliya di sebelah juga tidak langsung dipandang.
Hanya kalimah
Allah... Allah... Allah...
Saat itulah Aliya menangis. Saat
dapat memahami sahabatnya bakal berubah. Dan Aliya mempersiapkan diri membantu
Sakinah.
"Aliya, nak pinjam tudung
boleh?" ayat itu membuatkan Aliya sangat gembira.Dibuka almari pakaiannya.
Tudung labuh berwarna merah jambu dihulurkan kepada Sakinah. Padan dengan baju
kurungnya yang berwarna merah jambu.
Sakinah menyambut tudung dari Aliya.
Serkup dipakai dan tudung disarung. Setelah itu, dia terus menghadap cermin.
Rasa sebak menyelubungi hati."Allah..." zikirnya tak
henti.
"Subhanallah... Cantiknya Sakinah.... Moga istiqamah dalam perubahan,
sahabat..." ucap Aliya."InsyaAllah..." dilazimi lidah dengan
mengingati Allah. Satu cara melupakan manusia yang tak penting.
Selesai bersiap, Aliya dan Sakinah
bergerak ke kelas mereka.Jalan perubahan memang tak mudah. Bukan dibentangkan
karpet merah. Tetapi penuh duri yang membawa luka. Dari pelbagai arah.
Dilempari kata hinaan, cacian dan cercaan adalah ujian menuju keredhaan Tuhan.
Di kiri orang mengata, di kanan orang menghina. Apa yang dilakukan semua salah
belaka. Seolah tiada yang benar kecuali dia.Hari pertama Sakinah datang ke
kuliah dengan imej yang baru. Sakinah agak gentar dengan penampilannya.
Wajahnya gelisah. Gusar memikirkan pandangan orang lain. Aliya memahami. Hijrah
bukan mudah. Bukan semua orang boleh menerima. Bukan juga semua menolak. Saat
berubah, ada yang menfitnah. Itu mehnah.
"Sakinah... Aliya tahu Sakinah
kuat! Jangan risau pandangan manusia. Ambil kira pandangan Allah. Allah dah
tunjuk jalan, Sakinah hanya tinggal ikut... Jangan sia-siakan peluang...
Ingatlah, Allah masih sayang..." ujar Aliya cuba menenangkan.
Sakinah tersenyum. Hatinya kembali
tenang dan kuat. Sahabat sejati setia menemani membuatkan dia bertambah tabah.
Bibir dibasahkan dengan zikrullah. Andai dulu sumpah seranah, mencarut yang
menjadi rutin, kali ini Sakinah bermujahadah menukar rutinnya.Seperti yang
dijangka, hampir kesemua pelajar terkejut melihat perubahan drastik Sakinah.
Ada yang memandang sinis, pandangan mengejek, kata-kata yang hampir
menjatuhkan. Namun, Aliya tak pernah putus asa menaikkan semangat.
Mereka terus ke kelas bersama-sama.
Dipandang segala penghinaan sebagai satu kata positif pembangkit
semangat.
"Sakinah, jangan lemah... Ini ujian dari Allah... Ujian ni
pandanglah dengan positif... Jadikan segala kata-kata mereka sebagai satu
pembakar semangat. Jangan putus asa... Ingat, Allah uji mengikut kemampuan
hamba-Nya. Kalau Sakinah diuji sebegini, itu bermakna Sakinah mampu menghadapi.
Kuatlah kerana Allah..." kata-kata motivasi dari Aliya masih diingati.
Terngiang-ngiang di telinganya.Masuk
sahaja ke kelas, seisi kelas terkejut. Lebih-lebih lagi pelajar lelaki. Sakinah
terasa malu. Kepalanya menunduk memandang lantai. Malu menebal dalam diri. Malu
dengan dirinya yang dulu. Malu di hadapan Allah. Hampir air mata menitis, namun
terus ditahan.
"Dah jadi ustazah pulak ke?
Selama ni selamba badak je dedah aurat, pakai baju tak cukup kain, macam ape
je.... Eh, kau tak layak la pakai semua ni... Kau tu banyak dosa.... Neraka je
nak terima kau..." seorang pelajar lelaki bersuara lantang.
Suasana gamat dengan gelak tawa dari
pelajar-pelajar dalam kelas."Kau Tuhan ke?" Entah dari mana datang
keberanian, Sakinah membalas dengan sebuah persoalan.
Kelas terus sunyi. Sakinah dan Aliya
tenang mengambil tempat duduk. Pelajar lelaki yang tadi berani bersuara terus
senyap tanpa suara. Malu barangkali."Awak boleh, Sakinah..." bisik
Aliya. Sakinah tersenyum.
Ya. Dia pasti boleh.Sejak mula
berubah, Sakinah semakin kerap mengikuti majlis-majlis ilmu bersama Aliya.
Perubahan Sakinah waktu itu masih belum diketahui oleh ibu bapanya. Sengaja dia
merahsiakan. Biarlah saat pulang ke kampung, menjadi kejutan buat mereka.
Hadiah terindah buat mereka. Sakinah mulai melupakan Alif. Sejak sedar dari koma, dia langsung tidak
pernah menyebut nama Alif lagi.
"Aliya... Aliya..."
Sakinah memanggil.Aliya yang pada mulanya membaca buku, terus memandang
Sakinah. Meluangkan masa bersama sahabat tercinta. Sahabat yang sedang cuba
berhijrah. Yang masih perlu terua disokong dan dikuatkan. Memandangkan hari ini
hari ahad, dan bulan puasa, mereka tidak ke mana-mana. Hari ini sudah masuk
hari ke-5 Ramadhan.
"Ye?" Sahut
Aliya."Kita tak ke mana-mana ke hari ni? Sakinah bosanlah duduk
rumah...." tanya Sakinah.Aliya kelihatan diam dan berfikir. Kemudian, dia
memandang Sakinah dan tersenyum penuh makna. Ada sesuatu yang belum dia
kenalkan pada Sakinah. Yang pasti, Sakinah akan sukakan perkara itu. Aliya
mencapai telefonnya dan menghantar whatsapp kepada satu group. Setelah 5 minit
berbincang di whatsapp, Aliya menumpukan semula pada soalan Sakinah.
"Ada.... Kita pergi Masjid....
Ada usrah..." Aliya tersenyum lebar.Sakinah memandang. Berkerut dahinya
memikir sesuatu. Seolah memikirkan suatu masalah yang sangat besar. Seketika,
terdengar tawa kecil Aliya. Bukan mentertawakan Sakinah.
Tetapi, mentertawakan diri sendiri
yang leka dari menerangkan apa itu usrah kepada sahabatnya yang seorang
itu.'Cuainya aku Ya Allah....' bisik hati Aliya. Kesal dengan diri
sendiri."Usrah? Apa tu?" Tanya Sakinah. Sungguh, dia benar-benar
tidak mengetahui apa itu usrah. Malah, inilah pertama kali dia mendengar
perkataan usrah itu.
"Usrah ni adalah perkataan arab
yang bermaksud keluarga. Jadi, kita ni akan berkumpul ramai-ramai umpama sebuah
keluarga. Banyak isu yang dibincangkan. Semuanya adalah untuk membina kembali
hati dan semangat para syabab dan fatayat yang semakin hilang dari diri mereka.
Semangat jihad yang tinggi dan pembinaan hati yang bersih dan kuat disertakan
akhlak yang mulia di samping dapat meningkatkan ilmu pengetahuan." Jelas
Aliya. Sakinah mengangguk faham."Sakinah.... Dalam usrah ni, ada tiga
rukun..." sambung Aliya.
"Usrah pun ada rukun? Wah...
Macam solat..." teruja Sakinah mendengarnya.
"Ya Sakinah... bezanya, usrah
ada 3 rukun tapi solat ada 13 rukun... Baiklah, rukun yang pertama adalah
ta'aruf... Ta'aruf ni maksudnya berkenalan. Berkenallah bukan setakat tahu
nama, umur, tempat tinggal, dah... Bukan... Tapi, ta'aruf dalam usrah tu, lebih
lagi..."
"Lebih macam mana tu?"
Tanya Sakinah.
"Macam, kita tahu apa cita-cita
dia... Kita tahu cara nak bagi dia semangat macam mana... Kita tahu nak redakan
kemarahan dia macam mana... Kalau semua tu kita tahu, setiap terperinci kita
tahu, barulah sempurna rukun usrah kita yang pertama..." jawab Aliya...
"Ohhh.... Yang kedua
pulak?" Azan zohor berkumandang saat Sakinah bertanya.
"Lepas zohor ok?" Aliya
mengenyit mata. Comel. Tergelak Sakinah melihatnya. Dalam hati tak sabar
mengetahui lebih lagi tentang usrah.Usai solat zohor berjemaah, Aliya dan
Sakinah membaca al-Quran. Selesai sahaja, mereka kembali menyambung perbualan
yang terhenti. Aliya terus menerangkan dengan penuh sabar. Sakinah mendengar
dengan penuh minat. Aliya juga menyambut setiap persoalan dari Sakinah dengan
tenang.
"Kita usrah pukul berapa,
Aliya?" Tanya Sakinah sambil mata ditalakan ke arah jam di dinding.
"6 petang. Lepas tu, kita
berbuka puasa sama-sama." Jawab Aliya.
"Wah... Mesti seronok... Tak
dapat berbuka bersama keluarga di kampung, dengan rakan usrah pun
jadilah..." sambut Sakinah sambil terkenang ibu dan abah di kampung.
Aliya kelihatan agak sedih mendengar
ayat luahan Sakinah. Berat untuknya memberitahu apa yang telah diberitahukan
oleh Ibunya semalam. Mungkin, inilah masa yang tepat. Sakinah perasan akan riak
kesedihan Aliya.
"Kenapa Aliya macam
sedih?" Tanya Sakinah."Err... Err... Sebelum Aliya cakap, Aliya nak
mintak maaf banyak-banyak sebab lambat beritahu. Aliya tak nak Sakinah
sedih..." Aliya berjeda.
"Kenapa ni?" Desak Sakinah
bila melihat Aliya mula menitiskan air mata.
"Semalam ibu call Aliya... Ibu
kata, abah dan ibu Sakinah... Diorang..." ayat Aliya tergantung. Terlalu
sebak. Tak sanggup untuk meneruskan.
"Kenapa dengan ibu dan abah
Sakinah? Kenapa?" Sakinah bertanya. Wajahnya berkerut. Risau. Hati
berdebar hebat. Rentaknya bercelaru.
"Ibu dan abah Sakinah
kemalangan..." senafas Aliya menutur kata.Bagai ada batu besar menghempap
kepalanya. Terasa berat sekali. Mata kabur digenangi air mata. Bila-bila masa
sahaja boleh terhambur keluar.
Dada sesak menahan sebak. Sungguh,
beratnya ujian ini.'Allah... beratnya ujian-Mu... Aku redha Ya Allah... Aku
redha...' bisik hati Sakinah.Air mata mula mengalir deras. Esak tangis
kedengaran.
Di mana harus dicari kekuatan? Saat
ini kesedihan, kepedihan, kerisauan dan kegelisahan menguasai diri. Sakinah
dipeluk oleh Aliya. Tangis mereka kedengaran. Aliya cuba memujuk. Dia perlu
kuat untuk mengembalikan semangat Sakinah.
"La tahzan...." bisiknya
hiba. Setelah reda dari tangisan, barulah Sakinah kuat sedikit untuk bertanya.
"Macam mana keadaan ibu dan abah
Sakinah?" aju Sakinah kepada Aliya
"Ibu Aliya beritahu, mereka
kritikal. Nak pergi balik kampung ke?" Tanya Aliya.
"Ya, maaf tak dapat join first
usrah..." Sakinah terus mengemas pakaiannya.
"Aliya hantar Sakinah sampai
kampung. Aliya risau kalau Sakinah memandu dalam keadaan macam ni. Aliya ikut
ye?" Sakinah akur.
Sepanjang perjalanan, hanya suara
radio yang kedengaran. Seperti tiada orang langsung di dalam kereta. Sepi.
Aliya menumpukan pada pemanduannya. Sakinah melayan perasaannya sendiri.
Bibirnya tak henti berzikir memohon agar Allah menyelamatkan ibu dan abahnya.
Belum sempat lagi dia membahagiakan
ibu dan abahnya. Selama ini, dia banyak mengecewakan mereka.Tiba-tiba, azan
asar berkumandang dari corong radio. Aliya memandang Sakinah sekejap kemudian
mengalihkan pandangan ke depan semula. Dia perlu katakan juga. Sakinah mungkin
tak sedar.
"Sakinah, kita stop kat masjid
depan sana dulu ye? Solat asar, then kita sambung perjalanan... Ok?" Tanya
Aliya.
Sakinah yang tadinya leka memandang
ke luar terus berpaling memandang sahabatnya. Senyuman dihadiahkan. Hambar.
Sangat hambar. Kemudian mengangguk lemah. Walau hatinya meronta untuk bertemu
ibu dan abah, tetapi perintah Allah wajib dilaksana.Aliya membelok ke kiri.
Masuk ke perkarangan sebuah masjid.
Aliya memapah Sakinah yang tampaknya
sangat lemah. Dengan rasa kasih dan sayang, atas nama cintakan sahabat, sewaktu
mengambil wudhuk juga dibantu. Hati Aliya benar-benar merisaukan keadaan
Sakinah. Semoga Allah memberinya kekuatan kembali. Doa Aliya dalam hati.Selesai
berwudhuk, dipapah masuk ke ruangan solat muslimat. Dibetulkan tudung, di pin
belakangnya agar tidak terbang dek terkena angin kipas yang kuat. Sakinah juga
berbuat yang sama.
Satu pinta Sakinah memeranjatkan
Aliya. Hampir sahaja air matanya gugur. Sungguh. Permintaannya sangat menyayat
hati.Mereka memulakan solat Asar berjemaah dengan penuh khusyuk. Sampailah di
rakaat keempat, di sujud terakhir, imam sudah lama bangun.
Tetapi, Sakinah masih bersujud.
Aliya hanya terfikir bahawa Sakinah sedang berdoa. Mungkin meminta kesembuhan
dan keselamatan buat ibu bapanya. Aliya hanya fikir positif.
Namun, sehingga habis bacaan doa,
Sakinah masih dalam sujud. Aliya mulai berdebar. Terngiang-ngiang pesanan
Sakinah sebelum solat tadi. Aliya cuba mengejutkan Sakinah. Mungkin tertidur
fikirnya. Namun, belum sempat disentuh, badannya sudah jatuh. Aliya memegang
erat tangan Sakinah. Allahu. Sejuk.
Diperiksa nadinya."Inna lillahi
wa inna ilaihi roji'un..." ucap Aliya dalam tangisan. Dipeluk sahabatnya
buat kali terakhir. Para jemaah muslima yang menyaksikan juga mengucapkan ayat
yang sama.Dalam kesedihan, tiba-tiba telefon bimbit Aliya berdering. Dikesat
air matanya. Panggilan dari ibunya dijawab. Ada dua kemungkinan di sebalik
panggilan itu. Pertama, kegembiraan buat yang hidup. Kedua, kesedihan buat yang
hidup. Aliya cuba menahan tangisan.
"Assalamu'alaikum...." sapanya.
"Wa'alaikumussalam... Aliya
dengan Sakinah dekat mana?" Tanya ibunya di talian.
"Dekat masjid dekat dah dengan
kampung...." jawab Aliya menahan sebak.
"Cepat sikit
sayang....""Kenapa, buuu....""Tuuuttt... tuuutttt..."
talian terputus.
Aliya mulai risau. Sahabat terkulai
di pangkuan. Panggilan di sana terputus tanpa jawapan.Aliya cuba mendail
semula. Alhamdulillah. Dapat. Namun, di sana terdengar suara tangisan. Aliya
menggagahkan diri bertanya.
"Kenapa, bu?" tanya Aliya
kepada ibunya
"Ibu dan abah Sakinah....
Mereka... Mereka... Allah lebih sayangkan mereka..." jawab ibu Aliya dalam
sendu.
"Inna lillahi wa inna ilaihi
roji'un..." terpacul lagi lafaz itu dari bibirnya.
"Ibu, di sini juga berita
sedih. Sakinah meninggal dalam sujud Asar yang terakhir tadi...." terus
air mata mengalir deras.
Memandang sahabat di
pangkuan.Setelah berbincang serba sedikit tentang pengurusan jenazah, mereka
menamatkan perbualan. Aliya memandang jemaah lain yang cuba menenangkan. Dia
cuba tersenyum. Lesu. Aliya berbincang pula dengan jemaah di situ bagi
membantunya membawa Sakinah pulang ke kampung.
Tepat jam 9.30 malam, jenazah
Sakinah, Ibu dan Abahnya selamat dikebumikan. Adik-adik Sakinah berjumlah dua
orang dijaga oleh keluarga Aliya sebagai keluarga angkat. Aliya bangkit dari
duduk. Berjalan setapak demi setapak meninggalkan tempat bersemadinya jasad
seorang sahabat.
Ditoleh buat kali terakhir. Air mata yang telah kering, mulai
menitis kembali.
'Selamat tinggal, sahabat....' bisik
hatinya.
.******************************************
Terdengar esakan dari anak-anak
usrahnya. Sebak mendengar cerita naqibah mereka, Aliya.
Aliya turut menyeka air mata.
Sungguh, dia masih terasa kehilangan sahabat. Kerinduannya takkan mungkin
pernah hilang. Rindunya tak terubat melalui kata-kata dan kenangan yang dibina.
Rindu ini cuma akan terubat saat
dapat bertemu kembali di akhirat sana.Setelah semuanya reda dari tangisan,
Aliya meneruskan bicara. Tidak dapat digambarkan perasaan sebaknya.
"Al-fatihah..." al-Fatihah
dibaca untuk disedekahkan pada sahabatnya.
"Akak... Apa pesanan terakhir
arwah?" Tanya salah seorang anak usrahnya.
"Pesan arwah, 'Aliya, kalau
umur Sakinah tak panjang, tolong doakan Sakinah agar dapat ke syurga ya? Doakan
moga Allah ampunkan Sakinah? Jagakan adik-adik Sakinah. Dan yang paling
penting, kalau Aliya tak jumpa Sakinah di syurga nanti, tanyakan tentang Sakinah
pada Allah ye... Sahabat till Jannah...' Itulah pesanan terakhir arwah yang tak
mungkin akak lupakan. Dengan izin Allah jua...." terang Aliya.
"Adik-adik akak, andai
adik-adik tak jumpa akak di syurga, tanyakan tentang akak pada Allah ye
sayang-sayang semua? Kita sekeluarga kan?" Pinta Aliya pula.
Air mata kembali deras. Mereka
berpelukan.
Ukhwah ini manis sekali.
'Tenanglah dikau wahai sahabat.
Damailah kau bersama ibu dan abah. Terubat sudah kerinduanmu pada mereka.
Kau
berpuasa di dunia dan kau berbuka di syurgaNya. InsyaAllah.... Tunggu Aliya,
ya...'
bisik hati Aliya penuh kerinduan.
******************************************
Hijrah tak mudah, Istiqamah lebih susah,
Namun aku takkan berputus asa.
Tetap cuba menjadi solehah...
Sehingga saat ditarik nyawa...
Sakinah 17 april 2013
Diari Sakinah ditutup semula. Itulah
catatan terakhirnya, pada hari terakhirnya di dunia. Sekarang, semuanya tinggal
kenangan. Setiap yang bernyawa akan merasai kematian. Tidak lambat walau
sesaat, tidak cepat walau sedetik. Yang pasti, saat itu semua bakal merasa.
Dalam sibuk menyiapkan diri sebagai isteri atau suami, Jangan lupa ajal boleh
mendahului.
Allahu, air mata ini mengalir tanpa
dapat diseka lagi. Bila kita berdakwah dekat kawan kita and 1st kawan kita tak
dapat terima, kita akan sedih sangat. Kita nak ke syurga bersamanya, tapi
ingatlah. Jangan pernah putus asa.
Seperti Aliya yang tak pernah putus asa
mengajak Sakinah untuk berhijrah, dan saat yang paling indah adalah apabila
kita dapat mengetahui bahawa sahabat yang kita dakwah itu berubah dan
bersama-sama mengejar keredhaan Allah yang maha esa.
Apabila kita berhijrah dan
menyampaikan dakwah, kita akan dihina, dikeji, dan dilemparkan cacian oleh
orang sekeliling.
Tapi hiraukan cacian itu, target kita hanya satu, yakni
mengejar mardhatillah. Semoga Allah redha. Kepada sahabat malahan diri sendiri
yang kadang-kadang terfikir bahawa diri ini lebih baik daripada orang lain,
ingatlah.
Petunjuk dan hidayah Allah adalah untuk sesiapa yang Dia kehendaki,
siapa kita untuk menghukum seseorang?? Siapa kita untuk mengambil alih kerja
Tuhan?? Kita hanya manusia biasa yang sering melakukan kesilapan, hanya Allah
yang layak menghukum.
Mungkin kita merasakan bahawa diri lebih baik daripada
orang lain, tanpa kita sangka sebenarnya ada amalan yang dia lakukan dengan
seikhlas hati tanpa kita ketahui. Kerana urusan hati hanyalah seorang hamba
dengan penciptanya sahaja.
Akhir kalam untuk entry pertama kami cik gadis BAKOM
adalah, dakwahlah dengan hikmah.
Dakwahlah dengan pelbagai cara, gunakan segala
kemudahan dan teknologi untuk menyampaikan dakwah. Melalui penulisan, melalui
post di Instagram, facebook, wechat, twitter dan sebagainya untuk menyampaikan
dakwah kepada generasi muda.
Ikhlaskan hati dalam menyampaikan dakwah, dan
ingatlah. Ikhlas itu ibarat seekor semut hitam, di atas batu yang hitam, di
malam yang gelap gelita.
Urusan hati hanyalah dengan Dia yang maha kuasa.
Ikhlaskan hati dalam berdakwah, ikhlaskan hati dalam berhijrah, ikhlaskan hati
untuk menerima dakwah, dan ikhlaskan hati dalam semua perkara. InsyaAllah
ketenangan itu akan hadir.
Menulis dengan hati untuk sentuh hati.😉
7 mac 2017
cikgadisBAKOM
semoga sahabat mendapat manfaat daripada video yang telah kami sediakan ini .
insyaALLAH.

This comment has been removed by the author.
ReplyDeletesemoga para pembaca mendapat manfaat dan ilmu daripada penulisan blog ini.
ReplyDeletesmile :)